Monday 12 September 2011


Sejarah Awal Shah Alam

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam mula berkembang apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Port Swettenham, Klang dan Kuala Lumpur dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama 'Shah Alam' sendiri dipilih di atas perkenan baginda.
Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Shah Alam. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).
Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. Majlis Perbandaran Shah Alam telah ditukarkan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Mahmud.

[sunting]Susunan dan struktur

Seksyen-seksyen di bandar raya Shah Alam
Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atauSubang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2 km²) dan pusat-pusat komersial bertebarn di sekitar 'Seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah dan selatan. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' Shah Alam. Ia adalah kawasan di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat sebagai warna kuning. Shah Alam selatan mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 (Jalan Kebun), Seksyen 31 (Kota Kemuning) dan Seksyen 32 (Bukit Rimau). Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.
Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (Plaza Alam Sentral, (juga dikenali sebagai PAS), SACC MallPlaza Shah Alam (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall dan Kompleks PKNS) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar(terutamanya TescoGiant dan Tesco Extra) dan kawasan rekreasi . Kebanyakan kawasan kommersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.
Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti including the new townships such as Setia Alam and Kota Kemuning mepunyai tanda-tanda seperti have signs with their names shown in both Roman and Jawi scripts.
Lihat juga Senarai jalan Shah Alam

[sunting]Pengangkutan

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.
Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.

[sunting]Kesihatan

[sunting]Klinik

Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic).

[sunting]Hospital

Hospital kerajaan di Shah Alam masih dalam proses pembinaan. Hospital kerajaan ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini dijangka siap pada tahun 2010 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.
Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam :
  1. KPJ Healthcare Selangor (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor)
  2. Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
  3. Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
  4. Columbia Asia Medical Centre

[sunting]Pusat Penjagaan Pendengaran Swasta

Pusat ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pendengaran, alat bantu dengar, implan koklea dan rehabilitasi kepada masyarakat.
  • Pro-hearing Audiolab dan Pusat Implan Koklea IES (Cawangan Shah Alam)

[sunting]